Ayyuhal ‘Abid

ALIF-LAM-MIM

ALIF-LAM-MIM

 

 

 

Zahiriah Insaniyah hidup tegap berdiri adalah kerana diwujudkan Allah binaan Tulang Belakangnya. Tanpa wujudnya ia, lembaga manusia tidak akan bisa berdiri dan melangkah ke serata alam. Ingatlah saudara ku, tulang belakang suatu perjuangan adalah pada Teras Akidah Iman mereka. Sejauh mana atau seikhlas mana manhaj islamiyah di dokong, di pikul, di sandang dan diperjuangkan adalah bergantung kepada seYakin mana seseorang itu pada Teras binaan diri Insan setiap individu. Di sini kita menyebut Insan, kerana Insan itu lah yang mengenal Tuhannya. Insan itulah yang mengenal dan mengingat kembali janji-janji dahulu dengan Rabbnya. Dari martabat manusia, hawa nafsu di didik, di cuci dengan amalan Zahir dan Batin, Jasmani dan Rohani, maka terbentuknya jiwa yang memerdekakan nafsu haiwaniyah kepada taraf Insan. Dan Insan itu pula adalah De Facto Standard pada setiap Mukmin. Mukmin itu pula merupakan De Facto Standard kepada setiap Muslim. Bahu membahu, tali menali, bertali dengan ikatan Rohaniyah peningkatan jiwa di garap pada setiap detik nyawa yang keluar masuk, mengagungkan akan Rabnya. Itulah ketetapan Fardhu akan Zahirnya Insan yang sentiasa mengadap Allah siang dan malam. Tiada bercerai keduanya. Lantaran perpisahan itu bakal mengundang kedurjanaan Af’al lalu terdirinya Istana Iblis sebagai pengganti Arasyil Majid.

 

Sambutlah tangan ku wahai saudara saudara ku. Hulurkan tangan mu untuk bersama kita menuju kebahagian Akhirat. Ku titipkan firman Allah sebagai ingatan buat mu dan buat diri ku.

 

Allah –‘azza wa jalla- berfirman:

  إِنَّمَا كَانَ قَوۡلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذَا دُعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ

 لِيَحۡكُمَ بَيۡنَهُمۡ أَن يَقُولُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا‌ۚ

وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

“Sesungguhnya jawaban atas orang-orang yang beriman bila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya agar menghukumi (mengadili) diantara mereka, ialah ucapakan mereka: “Kami mendengar dan kami taat,” Mereka itulah orang-orang yang beruntung.”(Annūr: 51).

 

Saudaraku, sudah puluhan bahkan ratusan tahun, tradisi para abid adalah mengabdikan dirinya kepada Khalik di malam hari sebagai amalam harian. Di mana kah hujungnya wahai saudara ku? Buti butir tasbih pun telah lama menjadi kaca. Kaca yang tidak ada mempunyai cahaya wahai saudaraku. Bersalahan pula dengan Misykat yang di maksudkan Allah di dalam surah an-nur. Fikirkan lah wahai saudara saudaraku.

 

Lenguh jari mu menggerakkan biji biji tasbih, kering tekak mu, berzikir beruzlah hingga terbit matahari. Makam mu pun naik sedikit demi sedikit. Apakah yang kau cari lagi wahai saudara ku. Pada firasat ku, suluk demi suluk telah kau lalui, tazkirah demi tazkirah telah diperdengarkan, doa demi doa telah disampaikan dan dipanjatkan oleh Mursyid mu. Lalu apa lagi wahai saudara ku? Tidak cukup kah lagi Allah sebagai wakil mu? Tiadakah padamu yakin akan Rasul mu? Selama mana lagi wahai saudara ku akan penantian ini? Mahdi kah yang kamu tunggu? Atau Isa juga yang kamu nanti. Lalu kamu itu mahu bikin apa? Meleret jubah mu, berbelit serban mu. Sayang sekali, jubah itu terpalit oleh kemungkaran di Tanah Jawi, dan serban mu pula ternoda dengan rasukkan syaitaniah yang berupa malaikat. Renungkanlah sedalamnya saudara saudara ku. Ke hujung mana penantian ini. Sekali lagi ku tanyakan pada mu.

 

Takrifan Penantian bersabit dengan prinsipnya yang di sebut ‘Prinsip Penantian (Intidzarul Faraj)’ telah puas kamu berzikir, lalu kamu berzakar, telah puas Intidzarul faraj, ke faraj juga yang kamu berkehendak. Tasawwuf apa ini wahai saudaraku? Mahu menjadi wali kah kamu, mahu menjadi sufi kah kamu, mahu menjadi akhyar kah kamu, atau kamu berhajat menjadi Qutub?

 

Selama mana kamu hendak menunggu, di kala hayat ini kah atau di hayat akan datang? Ingatlah saudara ku, tempah lah sejarah sendiri atas batang tubuh yang tertera nama hari ini.

 

Janganlah kamu tepuk dada dan bertanya selera. Kerna selera itu yang menjurumuskan kamu ke lembah kesesatan. Di dalam beramal dan menuju Tuhan pun ramai yang telah sesat wahai saudaraku. Dirikanlah Al-Kitab di dalam Dadamu itu. Tegakkanlah Panji Kebenaran wahai saudara ku. Tinggalkanlah sejadah usang mu itu wahai saudara ku. Masa nya adalah hari ini. Rebutlah peluang ini Ya Ahlul Akhirah.

 

Mungkin kamu akan berkata bahawa para syuhada dan panglima islam dahulu di medan tempur bagaikan singa dan malamnya menjadi abid bercucuran air mata. Bagi ku, itu hanyalah alasan yang suka sekali kamu gunakan untuk lari dari jalan kebenaran. Tilik diri mu rata-rata, usah berteka teka, bersyak wasangka. Bakat di dalam diri apa sumbangan mu di dalam menegakkan Islam? Cukupkah dengan kaedah aman yang suka kamu suarakan itu. Sesungguhnya kamu sekalian ini pembohong bohong agama yang jelas nyata tersesat jauh dari jalan kebenaran.

 

Firman Allah di dalam Quranul Karim:-

  إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ

وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا

وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama ALLAH (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-NYA, maka bertambahlah iman mereka dan kepada TUHAN mereka jualah mereka berserah.” – Surah al-Anfal: 2.

 

Wahai saudara saudara ku, apakah Iman itu? Rasanya tidak perlu ku perpanjangkan lagi takrifan Iman kepada mu. Bekal dari Mursyid mu sudah cukup melengkapkan kamu untuk berjuang di jalan kebenaran.

 

 

Sudah al-maklum bahawa ulama membahagi jihad menjadi dua macam, jihad daf’I (defensif) dan jihad thalab (ofensif), dan ini adalah bila ditinjau dari hakikatnya. Yang pertama sebagai pembelaan darul islam dan kehormatan kaum muslimin bila musuh memasuki mereka, sedangkan yang kedua adalah dengan cara menyantroni orang-orang kafir di negeri-negeri mereka atau memerangi mereka di mana saja mereka ada. Adapun dari sisi buah-buah jihad dan efek-efeknya serta hasil-hasilnya, maka ia terbagi menjadi apa yang tergolong dari jenis qital nikayah (perang yang bersifat pemberian pukulan dan hantaman terhadap musuh), dan apa yang masuk dalam cakupan qital tamkin (penguasaan dan penyediaan tempat yang leluasa bagi kaum muslimin untuk tegakkan dien secara utuh).

 

Inilah takrifan kamu dan ulama ulama hari ini akan Jihad. Sayang seribu kali sayang, sia sia ajaran Mursyid mu. Berpeluk tubuh, berdiam diri lalu menanti akan hari nya. Hari yang di sebut sebagai kebangkitan di Timur. Mampukah kamu berdiri pada hari itu? Mampukah kamu berjuang pada hari itu? Atau kamu telah lama di kambus tanah, ulat ulat pun dah kenyang makan daging dan tulang belulang mu. Lantas, kamu ingin bermohon untuk turun kembali kedunia bagi merebut peluang kedua? Ah persetan sunguh jiwa jiwa kamu wahai saudara ku para abid.

 

Wahai saudara ku, 1429 tahun dahulu Baginda Rasul s.a.w telah menyatakan seperti yang di dalam mushaf quran kita hari ini seperti berikut:

 وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَـٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِى ٱتَّخَذُواْ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورً۬ا

“Rasul berkata: Wahai TUHANku! Sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.” – Surah al- Furqan: 30.

 

Inilah yang sedang berlaku dengan nyata pada hari ini wahai saudara saudara ku para abid. Marilah saudara saudara ku, marilah adik adik ku, marilah anak anak ku, mari lah kekanda kekandaku. Marilah bangun menentang keFasiqkan yang nyata sebelum diri ku dan diri mu masuk keranda.

 

SuryaKencana

11th July 2008

About these ads

29 Responses to “Ayyuhal ‘Abid”


  1. 1 Megat Panji Alam Putera July 11, 2008 at 5:08 pm

    Mukmin itu dibina atas itikad yg jazam yang tiada ada padanya akan syak dan waham. Fitrah Rohhaniyah menguasai gerak, abada dan diam pada tajalli insaniah yang tiada ada padanya Aqal bi Nas. Takrifan ketuhanan yang tidak hanya zahir pada kata-kata tetapi meresap dan menguasai gerak, diam pada si mukmin. Mukmin itu pula adalah Arifbillah yang menguasai akan dirinya akan anasir-anasir kejadian Insan dan menguasai pula akan aulia aka nafsunya.
    Inilah mukmin yang mana kesucian dirinya yang zahir dan yang batin, memertabatkan Roh dan Nafsunya sebagai Khalifah yang dilantik di muka bumi ini. Lantaran keabadian pada wujud yang satu, maka taklifan dan ta’biran alam ini harys nyata dengan garisan kehendak pada sukatan Abu ROh – Rohul Alamin yang di tajalli kan sebagai peradaban sejagat.

    Dengan mengangkat tinta yang dipersembahkan pada 31-Mei-2008

  2. 2 Panglima Bumi Sakti July 15, 2008 at 4:58 pm

    Awak nak bercerita bab wahdatul wujud ker apa ni?

  3. 3 ali mohd July 17, 2008 at 7:38 am

    Hello brother, tak boleh cakap baik-baik ke? Habis pak-pak lebai kau nak bedal ni pehal mamat? Lu ingat lu siapa? Hebat sangat ke lu tu nak cabar-cabar diorang? Entah-entah lu tu, tikar sejadah pun tak berusik. Apa sebenarnya lu nak cerita dalam blog ni amat oiii…. Apsal lu tak reply komen orang?

  4. 4 Megat Mangku Alam Ibn Ahmad Malikul Adeel Al-Jawi July 18, 2008 at 5:49 pm

    Di dalam yang tersurat sesungguhnya kedapatan perkara-perkara yang tersirat, yang mana kadang kala tidak terjangkau akan aqal fikiran. Perlukah sebuah penjelasan yang panjang lebar untuk memahamkan tuan-tuan semua. Sudah ratusan rakaat tahajjud kau perbuat, sudah puluhan suluk kau lalui masih lagi kelabu hati mu? Gurumu yang tidak betul atau kamu yang bermasaalah?

  5. 5 Megat Panji Alam Putera July 18, 2008 at 7:24 pm

    Wahai Panglima Bumi Sakti, yang dibicarakan itu hanyalah menyentuh perihal Mukmin di zaman kini. Perihal Mukmin khalifah di alam persada, yang setiap nafas dan degup detik waktunya mengibari panji-panji kalimah tauhid. Yang tiada padanya erti tunggu menunggu. Setiap gerak, ketar dan getir memalu canang dan gong jihat Rasullulah. Yang tiada ada padanya sakti. Kerana sakti itu telah mansuh di zaman Baginda Rasulullah lagi. Yang ada hanya akal yang terbit dari pancaran nurani. Fikirkan lah…

  6. 6 PANGLIMA BUMI SAKTI August 5, 2008 at 9:24 pm

    DEAR ALI.
    BUKAN NAK HENTAM TAPI YANG U KATA PAK LEBAI NI TAK PERNAH NAK JELASKAN
    DGN TEPAT.KALAU NAK TUNJUK PANDAI JGN ADA TEKA TEKI .AGAMA ALLAH TAK ADA SELINDUNG2.APA DAH JADI DGN MALAYSIA.SAMPAI ADA ISLAM BARU.(HADARI).MANA DIA PAK LEBAI2 TU YG TERROR DGN AGAMA.KENAPA TAK
    ADA YG LARANG.MEREKA NI LAH JADI DALANGNYA.GUA TAK MAU JADI ORG MUNAFIK

  7. 7 Naga Berapi August 6, 2008 at 9:17 am

    Kau bawak jer orang munafik tu depan aku. Biar senang aku sembut dengan api dari mulut ku ini. Baru padan dia bertemu dengan Haq. Kat malaysia ini apalah yang hendak di herankan. Semuanya nak jaga periuk nasik. Takut anak bini tak makan. Lebih rela mereka berdiam diri dari bersuara. Takut pocket tu nanti kekeringan.

  8. 8 ali mohd August 13, 2008 at 2:50 pm

    Helo Mr Panglima Bumi Sakti, yang lu nak hentam pak-pak lebai ni pehal? Lu geng Bani Jawi ker?

  9. 9 Bike August 21, 2008 at 2:12 pm

    terlalu awl tuk menyatakan bgini saudara……semua tu ketentuan allah.

  10. 10 Abied August 23, 2008 at 5:20 am

    Semua itu akan lebih berarti bila di dasari keikhlasan.
    Sifat keikhlasan yang di miliki pada semua orang adalah termasuk orang yang paling atas.

  11. 11 Putera Pagar Ruyung August 23, 2008 at 7:44 am

    Peringatan buat mu yang lupa.

    شَرَعَ لَكُمْ مِنْ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِه إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى ِأَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهَِ

    “Allah telah menyari’atkan dasar hidup “ad-din” bagi kamu seperti telah diwasiatkanNya kepada Nuh, dan telah dipesankan kepadamu (Muhammad). Agama yang telah dipesankan kepada Ibrahim, Musa, Isa dengan perintah agar kalian semua mendaulatkan agama ini dan jangan kalian berpecah dari mengikutinya…” (QS.Syura : 13).

    Wassalam.
    -From Bukit Tinggi with Love-
    Raden Roho Arya Ari Ardhi Wijaya

  12. 12 ijad August 23, 2008 at 2:41 pm

    salam.. saya telah link blog ni..

  13. 13 panglima bumi sakti August 31, 2008 at 8:53 pm

    Salam bro ali.
    gua independent.gua tak kenal bani jawi. yg gua tahu cuma ada tanah jawa dan tanah jawi.bukan hentam tapi gua mau pak lebai dan ahli agama
    sedar sikit tentang tugas sebenar mereka tu.

  14. 14 nani August 31, 2008 at 10:25 pm

    Assalammualaikum semauanya…

    Ahlan wa sahlan Ramadhan
    Bulan yang suci,
    Bulan yang agung dan mulia
    dari seribu bulan…

    Semua tidaklah kami menyia-nyiakan mu.

    Wassalam.

  15. 15 WALI KOTA 10 September 2, 2008 at 6:31 am

    Ya emang benar ini bulan yang suci, tetapi maseh ramei yang hatinya kotor. Kotor yang tidak bisa di cuci dengan sabun mandi, kotor yang hanya akan hilang apabila ianya di talkin dan ditahlil serta di nafi dan isbatkan.

    Kamu ini penglima bumi sakti, seolahnya kamu tidak mengerti, ulama hari ini adalah ulama ikan kering, kata-kata dan lidah mereka semuanya bagai adalah pemandu, mana bisa mereka selamet dengan ini fitnah zaman.

    Salam ramadhan dari saya.

  16. 16 Pendekar Semerah Padi September 9, 2008 at 7:57 am

    Ikan kering ke,daun kering ke atau btl2 nak jadi pemandu ke itu masalah diaorang.tapi agak-agak kalau tak berani nak berdepan dgn masalah dan turun padang membetulkan,lbh baik turunnn letak jawatan.bkn mereka tidak tahu jg ini jaman fitnah.kalau tak berani dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai..byk lagi bijak pandai agama yg patut diangkat utk mempertahankan dan membela agama.jgn mereka anggap hanya mereka sj yg layak kononnya.bijak utk menyelamatkan diri utk terus berjuang bkn bijak selamatkan diri utk duduk di kerusi empuk dan utk jaga pangkat.Perkara agama bukan utk dijual-beli dan dimain-mainkan..kalau setakat nak cari makan dan tnjk jaguh tempat lain banyak lg.

  17. 17 ijad September 25, 2008 at 3:52 pm

    salam…selamat aidilfitri 2008

  18. 18 Kuntau Alam September 30, 2008 at 4:13 am

    Dalam surah al-Mu’minun pada 11 ayat yang awal dalam al-Qur’an, Allah (s.w.t) menggambarkan sifat orang mu’min yang berjaya iaitu:

    قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ(1)الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ(2)وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ(3)
    وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ(4)وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ(5)
    إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ(6)
    فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ(7)وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ(8)
    وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ(9)
    أُولَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ(10)الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ(11)

    “ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang dibalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas, dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.”

  19. 19 Kuntau Alam October 12, 2008 at 6:22 pm

    Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-mu:-

    سُوۡرَةُ الاٴنفَال
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَنفَالِ‌ۖ قُلِ ٱلۡأَنفَالُ لِلَّهِ وَٱلرَّسُولِ‌ۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَصۡلِحُواْ ذَاتَ بَيۡنِڪُمۡ‌ۖ وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (١) إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ (٢)

    Al-Anfal
    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
    Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (1) Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (2)

  20. 20 norz October 26, 2008 at 10:02 pm

    Assalamualaikum,

    Minta izin untuk link ke blog kami, http://www.rajamenangis.blogspot.com.
    Terima kasih dan semoga kalian semua dirahmati selalu.

  21. 21 Tunku Azuan December 23, 2008 at 9:46 am

    Salam…

    Minta izin juga untuk link ke blog baru saya di http://www.tun-azuan.com

    Saya waris dari kerabat Sultan Hussin Shah Ibni Sultan Mahmud

  22. 22 aie December 27, 2008 at 12:02 pm

    salam alaik.

    tinngi la bahasa entry ni.

    sukar utk memahami segala maksd yg tersirat.

  23. 23 SaudagarTantari February 15, 2009 at 9:10 am

    Sudah hilang kemana mereka yang berbicara di sini?

  24. 24 SaudagarTantari March 12, 2009 at 4:31 pm

    Biarlah aku yang berbicara sorang-sorang.

    Remembering The Naning Wars
    If you read the history of Malaysia, many of us would know that the first resurgence of the British occupancy in Malaya came from a man named Dol Said. Dol Said or in full Dato’ Abdul Said was a 19th century Malay leader of an area called Naning, which was then part of Malacca on the Malay Peninsula. He opposed taxation by the British’s taxation policy in the area and refused to pay it. This was a direct cause of a conflict known as the Naning War. (source: wikipedia)

    The Naning War is fought by Dol Said and his men through mainly guerilla tactics and also with aid from other Malay allies such as Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol and Muar. These unity and some brilliant tactics by Dol Said have made Naning impenetrable. The British have sent huge amount of soldiers to recapture Naning but has been defeated in each battle.

    The British in realising their defeat changed their tactics. They realise that the united front of Dol Said and his allies was the main reason they cannot recapture Naning. They then conspired with Yamtuan Muda Raja Ali in Rembau and also with other Malay alllies that once supported Dol Said. Rembau have also agreed to send 600 troops to assist British in attacking Naning. In a battle led by Colonel Herbert, the British finally secured victory as all the Malay allies have betrayed Dol Said and sided with the British. The battle have forced Dol Said to retreat to Sri Menanti before surrendering himself, effectively ending the war. British then combined Malacca and Naning. Dol said was given a home in Malacca.

    Dol Said and the people of Naning was betrayed by the Malays of Rembau. The Rembau Malays and their descendants now enjoying the spoils of war and from the blood shed by the people of Naning.

    Naning war have shown us that with a united front, we can defeat the enemy no matter how big they are. British at that time was a super power with empire spanning around the globe but was defeated by Dol Said and his men. They only lost because of the betrayal of their own people. This same pattern can be found in many countries histories. In one hand, you have this true freedom fighter and a leader who wants nothing but freedom for the country. In another hand, you have leaders who turns greedy and willing to sacrifice their country as long as their pockets and interests are well been taken care of.

    And I am pretty sure also that here in the present day of Malaysia, we do have politicians and leaders who would willing to sell the country to foreign powers as long as their greedy needs is being taken care of. Honestly, we are witnessing it right now in our current political scenario. So, it is our job to make sure these kind of leaders do not get elected or stay in the corridor of power. God bless Malaysia.

  25. 27 Abdul Latip November 10, 2009 at 9:50 am

    Assalamualaikum

    Menarik blog ini. Tahniah.

  26. 28 Pesuruh Allaha January 6, 2010 at 2:00 am

    Tuan Hamba,
    Hamba beragama Asalama iaitu agama nabi ibrahim. Hamba ini keturunan Melayu dan hamba akan membacakan al quran ini secara jawi iaitu tanpa baris. Perhatikan hamba membacakan surat al baqarah ayat 1 dan 2 yg selama ini di baca oleh org2 Islam selama lebih 1,000 tahun tanpa menemukan makna.

    Alama Zalaka Al Kataba Laa Riba Fiha, Hadaya Lalamataqina.
    Apakah Demikian Kitab Tiada Keraguan Padanya, Petunjuk Org2 Beriman.

    Hamba menemukan agama tuhan apabila menggunakan kaedah jawi dan al quran yg diturunkan kpd nabi tidak berbaris, jadi nabi tidak membawa agama Islam.

  27. 29 Ratu Adil - 666 June 17, 2012 at 1:11 pm

    Bani Jawi sebagai umat adil & pilihan telah ditetapkan oleh Allah SWT sekitar tahun 2007 yg lalu melalui prstwa sebuah gempa di Tasikmalaya. Sesuai surat ke 99 Al Zalzalah (Kegoncangan) bahwa atas perintah Allah bisa menceritakan beritanya. Kiprah Bani Jawi sebagai umat adil & pilihan nanti akan dijalankan dlm naungan Daulah Khilafah Islam yg akn berdiri di atas tanah Jawa dgn ijin & pertolongan Allah yg insya Allah trjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan 1433 H, pasca kehancuran Amerika Serikat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s





Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: