Posts Tagged 'Asal dan Usul'

Asal dan Usul

 

Buat Saudara-saudaraku yang telah lupa akan asal dan usul dirinya:-

 

Dunia hari ini semakin haus di telan kemaksiatan, peredaran zaman yang meminggirkan segala anasir Rohaniyah. Manusia kesasaran lalu mengambil Iblis menjadi Tuhan. Inilah hakikat jiwa-jiwa manusia yang mengaku dirinya Islam. Tasdiq kononnya di hati, mengaku-ngaku akan dirinya Mukmin. Walhal mereka-mreka ini, Lupa akannya janji yang dimeteri dahulu, lupa akan asal dan usul diriNya. Setiap manusia, membentuk olahan jiwa di peradaban masa kini tanpa menghiraukan quality diri yang batin, yang di dalamnya telah tersemai Insanul Haq titipan Ghaibiyah yang tertitis sebermula pancaran keTuhanan yang awal. Lantaran itu, hanyutlah jiwa-jiwa halus ini dimamah Iblis, diperdaya Syaitan lalu merajakan Laknatullah ini di batin mereka. Lupa mereka, bagaimana kalimah yang di bawa Nabi s.a.w itu adalah nyawa kepada setiap Mukmin. Inilah yang diperjuang oleh para Awwallin, menyanggup mereka akan hilangnya harta benda, keluarga, waimah nyawa mereka sekalipun, tegap melaung, menangkis serta memungkas senjata mengkibarkan Kalimah Tauhid ini.

 

Ku suntingkan di sini dari sisi kalimat yang mulia fi kitabihil adzim:-

 

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS Ali Imran; 85).

 

Kita hari ini, mengaku diri kita, Islam, Mukmin dan sebagainya, konon pada kita, kita adalah yang benar. Terpedaya rupanya kita dengan wayangan yang dimainkan oleh Iblis yang bersultan di sanobari. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, jihad yang terlebih besar adalah jihad memerangai nafsu. Dan hari ini, aku berpesan kepada diri ku dan dirimu, bahawa lafaz baginda rasul ini, ku lafazkan sekali lagi dengan dua Furuq takrifan yang membawa kepada kebahagian akhirat. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Tiada Yang Lain Hanyalah Allah, Muhammad Itu Pesuruh Allah.

 

 

Firman Allah di dalam kitabun mubin:-

 

 

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim.” (QS Al-Maaidah: 51).

 

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (QS At-Taubah: 23).

 

Jelas hari ini, nafsu meneroka melandasi jembatan agama demi kepentingan peribadi dan tuntutan hawa syaitaniah. Bagai musang berbulu ayam, ayat-ayat suci di sulam dengan kotoran. Berhujah, berdebat, berceramah bagaikan malaikat yang diturun membawa rahmat, tetapi rupa-rupanya kosong umpama kalkatu yang mengejar cahaya rambulan. Perangi dirimu wahai saudaraku akan nafsu yang keji di dalam diri mu itu. Perangi juga akan dirimu akan nafsu yang keji yang merajakan syaitan di alam zahiriah. Ingatlah kata-kataku ini agar dirimu dan diriku tidak sesat selama-lamanya. Islam itu dibina atas keringat dan air mata. Darah syuhada yang tertumpah tidak terbayar hingga ke hari ini. Kita mengecapi nikmat Islam dan Iman tanpa apa-apa pengorbanan. Bagai desir di angin lalu, agama langit ini kita letak di bawah telapak kaki yang kotor dengan kemungkaran.

 

Firman Allah lagi:-

 

Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.”(QS Al-Baqarah: 147).

 

Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?”(QS Yunus:32)

 

Kita tidak sedar walau seribu abid, syuhada, muallimun datang memperingat kita. Pun jua kita tidak akan bangkit walaupun pada kala ini Nabi tercegat di depan mata kita. Kita lupa lantaran buta akan cahaya kebenaran. Kita lupa kerana tiadanya Mukasyfatul Qulub. Maka dengan itu, ku peringatkan kedua kalinya, Tiada Nyata Hanyalah Allah, Muhammad Pesuruh Allah. Hidupkanlah kembali wahai saudara-saudaraku akan nyawa kamu yang telah mati itu. Kita teguhkan kembali janji kita sebagaimana dahulu untuk berjuang dilandasan Allah dan Rasul. Marilah kita sama-sama bersatu hati, jiwa, tenaga mengembalikan Islam kepuncaknya walau nyawa kita sebagai cagarannya. Usah tangguh lagi saudaraku, Quran ini sudah terlalu usang didadamu, hembuskanlah Ruh keinsafan dan bersama kita mengorak langkah kepada kehidupan yang kekal abadi.

 

SuryaKencana

9th July 2008

Advertisements