Posts Tagged 'islam'

Melangkah menyingkap masa

Alhamdulillahi wakafa, wassolatu wassalamu alannabiyyil mushtafa wa’ala alihi wasahbihi as shidqi wal wafa. Waba’d. Qalallahu Taala fi Kitabihil Karim, Audzubillah minassaitaanir rajim, wa allafa baina quluubihim, law anfaqta maa fil ardhi jamii’a maa allafta baina quluubihim walakinnalllaha allafa bainahum innahu aziizun hakim

Hati berbicara, jiwa gelodak mendidih dan bergelora. Hujung tidak bertepi, langit dan bumi seakan bersatu….. Sesungguhnya hidup ini adalah amat indah, sekiranya kita mengerti. Mengerti akan ke Imanan dan tuntunan Iman itu sendiri. Perjalanan hari ini, adalah penentu pada hari esuk lantas kita wajibnya mengambil peluang yang terbuka luas untuk kebahagaian akhirat. Setiap hari kita melalui process hijrah dan musafir yang tidak ada titik henti pada setiap nafas yang keluar masuk ke rongga pernafasan di liang tubuh. Di dalam diri kamu tidakkah kamu melihat. Hari demi hari kita bertambah sesat dengan khayalan kepuasan hidup yang sementara. Jahilnya kita memandang tuntutan akhirat yang terlukis kepada lakaran amalan harian yang konon-kononya kita adalah alim di bidang itu. Berlafaz dengan lidah, bertasdiq di dalam hati, tetapi itu hanya benar pada rangkaian kata-kata seorang salik. Hakikatnya, makrifat songsang yang kita teladani. Aduhai, malang sungguh lah mereka yang berfikiran dan beriktikad dengan yang sedemikian. Bicara bicara ini ditulis oleh si pengembara yang telah merantau ke ceruk dunia mencari erti kehidupan sejati yang di laungkan oleh ulama-ulama dahulu dan hari ini. Bait-bait pena, di madah sedemikian rupa tanpa editing atau tambahan kata-kata indah, disajikan untuk santapan minda kita bersama. Muganya nanti, minda kita akan terbuka, akal kita bersinar dengan hakikat kebenaran Iman dan Islam. Kita ini ittiba’i sunnah – Sunnahtullah wa Rasullihi. Pegangnya ianya kuat-kuat wahai diri ku dan diri mu.


Archives

Categories